1.5 Pemilihan Cipher

Objektif Pembelajaran 1.5: Memilih kaedah sifer terbaik yang telah dipelajari berdasarkan situasi yang telah diberikan.

Pemilihan penggunaan kaedah sifer untuk penyulitan sesuatu mesej adalah bergantung kepada situasi. Pengirim boleh memilih kaedah sifer yang hendak digunakan mengikut tahap kerahsiaan sesuatu mesej.

Jika sesuatu mesej itu kurang penting atau tahap kerahsiaannya rendah, kaedah Reverse cipher boleh digunakan. Bagi mesej yang dikategorikan sebagai tahap kerahsiaan sederhana dan tinggi, kaedah cipher yang sesuai ialah Caesar Cipher dan Columnar Transposition kerana kaedah-kaedah sifer ini memerlukan kunci untuk menyulit dan menyahsulit mesej.

Contoh

Cikgu Faizal mengadakan mesyuarat tentang pemilihan pengawas sekolah bersama-sama dengan beberapa orang guru. Keputusan mesyuarat yang diperoleh perlu disimpan sebaiknya sehingga hari perhimpunan sekolah. Cikgu Faizal memasukkan nama-nama pengawas yang terpilih di dalam satu fail. Nama fail tersebut disulitkan supaya tidak ada sesiapa yang mengetahui bahawa fail tersebut mengandungi nama-nama pengawas yang terpilih.

Penentuan tahap kerahsiaan:
Mesej yang perlu disulitkan ialah nama fail yang mengandungi nama-nama pengawas.
Tahap kerahsiaan adalah sederhana.

Pilihan kaedah sifer yang sesuai ialah kaedah Caesar Cipher yang mempunyai kunci.