Dalam kriptografi, pasangan algoritma digunakan untuk melakukan penyulitan dan nyahsulit. Pasangan algoritma ini dikenali sebagai algoritma kriptografi atau sifer. Sesuatu teks biasa (plaintext) akan melalui proses penyulitan (encryption) yang menyebabkan data berubah menjadi bentuk yang tidak bermakna, iaitu teks sifer (ciphertext) sebelum dihantar kepada penerima. Hanya penerima yang berhak sahaja dapat melakukan proses nyahsulit (decryption), iaitu menukarkan kembali teks
sifer menjadi teks biasa.
Objektif Pembelajaran 1.2 : Menunjuk cara langkah demi langkah proses sifer (cipher) yang melibatkan: (i)penyulitan (encryption) (ii) nyahsulit (decryption).
Penyulitan
Penyulitan ialah satu proses penukaran teks biasa kepada teks sifer, iaitu teks dalam bentuk yang tidak bermakna apabila dibaca. Penukaran ini dilakukan dengan menggunakan algoritma dan kunci penyulitan. Rajah di bawah menunjukkan proses penyulitan:

Langkah-langkah penyulitan adalah seperti berikut.
- Pengirim menghantar mesej (teks biasa) kepada penerima.
- Mesej ini akan disulitkan menggunakan satu kunci dan
algoritma penyulitan. - Teks sifer, iaitu teks yang tidak bermakna akan terhasil.
Nyahsulit
Secara umumnya, nyahsulit ialah proses untuk mengembalikan teks sifer menjadi teks biasa yang dapat dibaca dan mempunyai maksud. Seperti proses penyulitan, nyahsulit juga menggunakan suatu algoritma dan kunci nyahsulit. Proses ini boleh digambarkan melalui rajah dibawah:

Langkah-langkah nyahsulit adalah seperti berikut.
- Teks sifer yang telah disulitkan akan dinyahsulit menggunakan
satu kunci dan algoritma nyahsulit. - Teks sifer akan menjadi teks biasa.
- Penerima akan menerima teks biasa yang dapat dibaca.